♥ ASSALAMUALAIKUM ♥
Tatkala aku menekan butang "New Post" , aku sesungguhnya tiada idea atau buah fikiran untuk menaip atau menceritakannyeeeeee pun apa apa disini . Mungkin sahaja tadi aku hanya melepaskan gian untuk menekan butang itu . Sesungguhnya aku amat merindukan saat saat aku mempunyai 1001 idea untuk diluahkan di sini .
Yang hanya ada di dalam fikiran aku sejak kebelakangan ini dan juga tatkala ini adalah hanya REPORTTTTT ! Iye , hanya reportt . Walaupun banyak benda yang aku kena fikir , tapi report jugak menjadi tangga TER-atas di carta mindaku . Mungkin aku gementar kerana tarikh untuk submit report semakin singkat .
Report ini adalah penentu masa depan ku . Report ini juga lah yang akan tentukan sama ada aku layak mendaftar untuk semester 5 atau tidak . Report ini lah penentu aku lulus atau gagalnya Latihan Industri ini . Kerana itu , hanya report yang berada dalam benak fikiran ku .
Hmmm , sesungguhnya aku telah penat . penat penat penat penat penattttttttttttttttttttttttttttttttttttt . Penat untuk menaip dengan bahasa baku dan juga penat untuk memerah otak yang dah berkarat ini kerana sudah beberapa bulan tidak membuka buku ataupun menjawab quiz . Tatkala ini aku sedang runsing untuk memikirkan apa lagi ayat atau perkataan yang aku perlu taip di sini . Oleh itu , aku dengan rela hati mengakhiri kata kata aku di sini . Wasalammm ;DD
p/s : Dah lama rasanya tak buat karangan bertajuk " Aku sebatang pensil " HAHAHAHA :)

